Review DataKL Hosting Setelah Hampir 10 Tahun Menggunakannya

Bahagian Sokongan Pelanggan / Customer Support

Bahagian sokongan pelanggan (customer support) DataKL Hosting boleh dikatakan antara yang terbagus yang pernah aku alami (ye lah, aku baru je guna web hosting dari 3 syarikat yang berlainan, hahaha).

Emel selalunya akan dibalas dengan pantas. Kerap kali juga aku emel lepas 12 tengah malam, pun dorang balas dalam masa kurang dari 30 minit.

Tapi yang tak bagusnya ada juga staff support dorang ni yang ntah apa-apa. Balas emel tanpa membaca/menyiasat permasalahan sebenar pelanggan. Contohnya isu aku baru-baru ini; macam mana nak pilih versi PHP dalam CPanel.

Aku dah siap screenshot cakap versi PHP7 tak ada dalam pilihan PHP Selector, mamat support ni suruh jugak cari dalamĀ  PHP Selector. Sudahnya datang sorang lagi staff cakap sebenarnya kena migrate server sebab server sekarang takde PHP7.

Untuk pengetahuan korang, sepanjang hampir 10 tahun pisyek.com bersama DataKL, aku baru ada 33 tiket support. Statistik tiket sepanjang menggunakan DataKL mengikut tahun:

2008: 6 tiket dibuka (masalah permission)
2009: 2 tiket dibuka (masalah FTP dengan proksi)
2010: 2 tiket dibuka (server down)
2011: 4 tiket dibuka (upgrade pakej hosting/beli domain dot my)
2012: 1 tiket dibuka (cancel domain dot my)
2014: 4 tiket dibuka (missing DNS Editor)
2015: 4 tiket dibuka (beli domain dot my)
2016: 3 tiket dibuka (masalah permission)
2017: 7 tiket dibuka (cash-out affiliate, SSL Manager, DNS Editor, PHP Selector, transfer domain)

Bukan nak riak, tapi korang boleh nampak la aku ni bukannya seorang pelanggan yang cerewet. Masalah-masalah kecil aku boleh buat sendiri. Yang tak boleh buat sendiri baru aku minta support untuk tolong.

5 Replies to “Review DataKL Hosting Setelah Hampir 10 Tahun Menggunakannya”

  1. Aku baru je tukar hosting lain ke datakl sebab provider lama teruk sangat tak aktif.. banyak staff plak yang menjawab tapi yang penting dorang reply. hahah

    1. Ha, part reply tu dah bagus dah.

      Tapi yang rasa ralatnya bila takde SSL Manager tu. Tahun depan Google nak enforce semua website pakai HTTPS.

      Jadi kena ada SSL.

      Harapnya DataKL berubah la nanti sebab sekarang pun kebanyakan web hosting siap offer free SSL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *