Review DataKL Hosting Setelah Hampir 10 Tahun Menggunakannya

Jana Duit Melalui Affiliate

DataKL Hosting juga ada menawarkan program affiliate. Jika ada pelanggan baru DataKL yang mendaftar melalui link affiliate korang, korang akan mendapat komisen sebanyak 10%.

Program affiliate ini cuma terpakai untuk pembelian pakej web hosting sahaja. Baki minima yang anda perlu ada untuk cash-out  adalah sebanyak RM59 (ketika entri ini ditulis).

Selalunya kan, bila mana pembeli membuat pembayaran secara online/offline, si penjual semestinya akan minta bukti pembayaran daripada si pembeli untuk buat semakan.

Yang buat aku bengang untuk bahagian affiliate ni, aku minta bukti transaksi dorang dah bayar pun dorang susah nak bagi. Selepas beberapa kali berbalas mesej minta payment reference untuk aku cek baru dapat. #tepukdahi

9 Replies to “Review DataKL Hosting Setelah Hampir 10 Tahun Menggunakannya”

  1. Aku baru je tukar hosting lain ke datakl sebab provider lama teruk sangat tak aktif.. banyak staff plak yang menjawab tapi yang penting dorang reply. hahah

    1. Ha, part reply tu dah bagus dah.

      Tapi yang rasa ralatnya bila takde SSL Manager tu. Tahun depan Google nak enforce semua website pakai HTTPS.

      Jadi kena ada SSL.

      Harapnya DataKL berubah la nanti sebab sekarang pun kebanyakan web hosting siap offer free SSL.

  2. nice review bro, aku masih setia dgn sf, teringin nak guna linode mcm ko. tp tak capai keperluan lagi kot. tp siyes geram, laju siot. haha

  3. RM95 setahun is affordable tu, tapi tak da SSL ke?
    Akak tengah survey2 ni, cadang nak tukar hosting tahun depan

    1. Macam yang saya telah tulis kat atas, kos keseluruhan boleh mencecah lebih RM400 jika termasuk SSL.

      Saya tak pasti la kalau harga bulan ni dah berubah, mungkin kak su boleh rujuk terus dengan DataKL. Boleh inform Pisyek nanti. Hehehe.

      Kalau kak su mencari alternatif yang murah, boleh rujuk entri 5 web hosting murah malaysia yang telah saya tulis tempoh hari. 🙂

Comments are closed.