#MotoVlog Pergi Kerja Balik Kerja

demak skyline gt

Aku tengok banyak post #motovlog dalam Youtube, jadi aku pun nak cuba jugak la. Hehehe. Dengan menggunakan Demak Skyline dan kamera Xiaomi Yi, aku pun cuba shoot dari Wangsa Maju ke KLCC.

Ada banyak tempat untuk pasang kamera seperti atas helmet, tepi helmet, tengah dada, handle motor, tapi aku memilih untuk pasang kamera dengan dagu helmet. Nasib baik la ada helmet fullface.

Aku rasa macam lagi sesuai la kot sebab kalau atas helmet nampak macam tinggi sangat. Kalau tepi nanti nampak helmet pulak. Jadi dagu helmet mungkin pilihan yang terbaik. Continue reading “#MotoVlog Pergi Kerja Balik Kerja”

Pengalaman pertama beli bateri Xiaomi Yi murah di 11Street

xiaomi-yi-cam

Sebenarnya aku dah lama beli bateri ekstra untuk Xiaomi Yi aku ni. Beli di 11Street. Hehehe. Pada aku harga yang ditawarkan tu adalah berpatutan. Lagipun di sini ada banyak “seller”. Jadi kalau korang pilih yang murah dapat la murah. Hahaha.

Pada pengalaman aku sejak pakai kamera Xiaomi Yi ni, bateri boleh tahan dalam masa 1 jam jika digunakan untuk rakaman video 720p 60fps. Kan sekejap je tu. Jadi memang disarankan agar korang ada bateri ekstra.

Aku beli 2 bateri ekstra bersama 1 dual charger pada harga RM56. Continue reading “Pengalaman pertama beli bateri Xiaomi Yi murah di 11Street”

Guna Xiaomi Yi sebagai Dash Cam versi Bajet

xiaomi-yi-cam

Hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku menggunakan kamera aksi Xiaomi Yi sebagai dashboard camera atau dash cam versi bajet. Kepada anda yang tak tahu apa itu Xiaomi Yi, Xiaomi Yi merupakan sebuah kamera aksi seperti GoPro, SJ4000, RD990 dan lain-lain kamera yang terdapat di pasaran.

Kenapa guna Xiaomi Yi sebagai dash cam?

Dah aku ada kamera ni, pakai je lah. Tak payah nak membazir sangat beli kamera banyak-banyak. Lebih-lebih lagi sekarang kan musim gawat. Kan berjimat amalan mulia. Gitewwww.

Jadi dengan adanya Xiaomi Yi sebagai dash cam, aku boleh la rekod perjalanan semasa memandu kereta. Kot-kot ada kejadian jenayah ke, ada kemalangan ke, ada orang romen dalam kereta depan ke, apa-apa lah yang berlaku depan mata, boleh la jadikan bahan bukti. Hehehe. Continue reading “Guna Xiaomi Yi sebagai Dash Cam versi Bajet”

Review Jaket Komine JK-069 Air Stream

komine-jk-069-airstream-mesh-pisyek

Minggu lepas aku berkesempatan untuk membeli jaket khas; Komine JK-069 Air Stream untuk dipakai semasa menunggang Demak Skyline 200. Dah beli motor kena la beli aksesori seperti jaket, sarung tangan dan sebagainya.

Baru rasa macam selamat sikit. Hehehe.

Untuk korang yang terlepas cerita misi mencari Demak Skyline 200 murah di kawasan sekitar Setapak atau Jalan Genting Klang, boleh rujuk di sini. Ada video 1080p dengan 60fps yang dirakam menggunakan kamera aksi Xiaomi Yi. Boleh edit untuk buat efek slow-mo. Hahaha.

Berbalik kepada jaket Komine JK-069 Air Stream tadi. Continue reading “Review Jaket Komine JK-069 Air Stream”

Xiaomi Yi Android App versi 2.0

xiaomi-yi-cam

Aku baru je berkesempatan untuk mengemaskini aplikasi kamera Xiaomi Yi untuk android ni. Untuk pengetahuan semua, aku pakai Samsung Galaxy Grand 2 Duos, Android versi 4.4.2.

Ye aku tau korang tak tanya, tapi nak bagi tahu jugak 😛

Pada aku, aplikasi kamera Xiaomi Yi versi 2.0 untuk Android ni sangat kemas dan menarik. Butang-butang tersusun kemas dan layout yang digunakan mudah difahami dan teratur.

Tak percaya? Boleh lihat gambar yang berjaya dirakam oleh aku. Continue reading “Xiaomi Yi Android App versi 2.0”