Pengalaman Pertama Buka Akaun Syarikat di Maybank

Ini merupakan pengalaman aku ketika membuka akaun perniagaan atau akaun syarikat Maybank. Memang banyak dugaannya untuk aku buka akaun syarikat di Maybank ni.

Walaupun dah 6 tahun mendaftarkan perniagaan tunggal (Sole Proprietorship), tapi hanya baru-baru ni aku berkesempatan untuk buka akaun bank khas untuk perniagaan kerana ingin menjalankan perniagaan dengan lebih serius (kononnya la). Hehehe.

Di sini aku nak kongsikan tips berdasarkan pengalaman aku agar korang takde la dapat pengalaman ngeri macam aku ni ha. Lebih 5 kali aku ulang-alik ke bank dalam masa 2 minggu untuk selesaikan hal buka akaun syarikat Maybank ni. Continue reading “Pengalaman Pertama Buka Akaun Syarikat di Maybank”

Review DataKL Hosting Setelah Hampir 10 Tahun Menggunakannya

Salam sejahtera semua. Ini adalah review DataKL Hosting setelah hampir 10 tahun aku menggunakannya (2008-2017); seperti yang dijanjikan dalam entri linode aku sebelum ni.

Dah 10 tahun baru nak review. Kebiasaannya orang lain review dalam masa sebulan-dua. Hahaha. Jadi, apa yang bagus dan tak bagusnya pasal DataKL Hosting ni? Continue reading “Review DataKL Hosting Setelah Hampir 10 Tahun Menggunakannya”

5 Web Hosting Murah Malaysia 2018

Jika anda sedang mencari web hosting murah Malaysia, mungkin ada boleh mempertimbangkan 5 web hosting murah yang akan dikongsikan dalam artikel ini. Anda sebenarnya boleh membina sendiri laman web dengan kos web hosting kurang dari RM100 setahun!

Ya, dengan hanya kurang dari RM100, anda boleh upload fail-fail website anda dan ia terus dapat diakses ke seluruh dunia. Berikut merupakan 5 web hosting murah Malaysia untuk 2018. Continue reading “5 Web Hosting Murah Malaysia 2018”

Hijrah dari Shared Hosting ke VPS Hosting Linode

Sempena tahun baru 1439H ni, Pisyek telah memberanikan diri untuk berhijrah dari shared hosting ke VPS hosting Linode. Tahun baru selalunya dikaitkan dengan penghijrahan, azam baru, checklist baru dan sebagainya. Pisyek juga tidak terkecuali.

Penghijrahan hosting ini merupakan julung kali buat Pisyek dalam arena pembikinan laman web (baca: web development) sejak terlibat dalam bidang ini dari tahun 2008 dan pada ketika itu Pisyek telah memilih DataKL sebagai web hosting Pisyek.com. Setia betul Pisyek pada syarikat hosting yang satu ni.  Continue reading “Hijrah dari Shared Hosting ke VPS Hosting Linode”

Sepetang Bersama Blogger 2017

Semalam, 13 Mei 2017, Pisyek berkesempatan ke majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2017 yang diadakan di mini auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Kuala Lumpur. Tentatif majlis sebenarnya bermula dari jam 2 petang sehingga 10.00 malam, tapi Pisyek cuma berkesempatan untuk menyertainya hanya untuk sesi petang sahaja.

Untuk makluman korang yang tak pernah dengar pasal SBB ni, 2017 merupakan penganjuran kali yang ke 6 dah. Pisyek pun takde la tiap-tiap tahun datang ke majlis SBB ni. Tapi yang pasti, bukan sahaja blogger Malaysia yang datang, dari Singapura dan Indonesia juga turut hadir ke SBB 2017 ni!

Apa yang menarik di Sepetang Bersama Blogger 2017Continue reading “Sepetang Bersama Blogger 2017”