Antara sebab kenapa anda perlu memilih kursus yang mendapat akreditasi MQA/JPA adalah:
SATU: Peluang mendapat pekerjaan yang bersesuaian lebih cerah
Aku tahu sekarang keadaan sedikit gawat tapi apa kaitan kursus yang mendapat akreditasi dengan permohonan pekerjaan? Ada ke syarikat-syarikat ambil kisah tentang perakuan akreditasi ni?
Jawapannya ya, ada syarikat/majikan yang menekankan program yang telah mendapat akreditasi dalam membuat pengambilan pekerja mereka.
DUA: Memudahkan pelajar mendapat bantuan kewangan antaranya seperti layak dipertimbangkan untuk mendapat pinjaman daripada agensi pembiayaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya.
Tapi, sebab korang banyak duit, apa adahal kan. Tak kisah sangat pasal yang ni. Hehehehe. Aku dulu dapat pinjaman boleh ubah dari kompeni sekarang. Sekarang terikat dengan kompeni selama tujuh-lapan tahun. Mujur ada pamoga kerja.
TIGA: Program pengajian dan kelayakan yang mendapat akreditasi telah melalui proses jaminan kualiti, iaitu ia selaras dengan standard dan kriteria yang ditetapkan dan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF).
Maksudnya dah ada orang “validate” kursus tersebut dan ia telah mencapai satu standard yang telah ditetapkan.
Aku dah letih tulis. InsyaAllah akan bersambung ke bahagian 2 untuk cara-cara menyemak akreditasi sesuatu kursus.