SSL/TLS Manager
Tahun lepas (2016), aku berjaya pasang SSL percuma seumur hidup yang ditawarkan oleh Let’s Encrypt. Korang pun patut pasang SSL di blog/website kerana SSL mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri.
Untuk memasang SSL melalui CPanel, korang perlu mempunyai akses ke bahagian SSL Manager.
Pada awalnya SSL Manager memang dapat diakses daripada CPanel tetapi akses tersebut hilang setelah migrate server. Aku terpaksa migrate ke server lain sebab pihak hosting bagitahu yang server sekarang tak support PHP7.
Aku hanya dapat tahu SSL Manager ni hanya diberikan kepada pelanggan yang melanggan SSL berbayar melalui DataKL sahaja setelah merujuk kepada bahagian support.
Untuk melanggan SSL berbayar, pihak DataKL mewajibkan pelanggan untuk membeli Dedicated IP. Jadi korang kira sendiri lah berapa kos web hosting di DataKL ni berapa banyak.
Aku bagi formula untuk korang senang kira:
Total Kos = domain + whois protection + pakej web hosting + SSL + dedicated IP + GST
Jika anda mengambil pakej paling murah (RM115), dan domain dot com (RM50), whois protection (RM20), SSL (RM120), dedicated IP (RM120), kos keseluruhan untuk web hosting anda adalah sebanyak RM450++ termasuk GST.
Kalau macam nilah harganya, aku yang dah bekerja sekarang pun rasanya tak mampu. Ye lah, aku ni kerjanya gosok gigi harimau je. Gaji bulanan alhamdulillah cukup untuk makan sebulan. Hehehe.
Aku baru je tukar hosting lain ke datakl sebab provider lama teruk sangat tak aktif.. banyak staff plak yang menjawab tapi yang penting dorang reply. hahah
Ha, part reply tu dah bagus dah.
Tapi yang rasa ralatnya bila takde SSL Manager tu. Tahun depan Google nak enforce semua website pakai HTTPS.
Jadi kena ada SSL.
Harapnya DataKL berubah la nanti sebab sekarang pun kebanyakan web hosting siap offer free SSL.
nice review bro, aku masih setia dgn sf, teringin nak guna linode mcm ko. tp tak capai keperluan lagi kot. tp siyes geram, laju siot. haha
InsyaAllah rezeki murah, banyak projek, tak lama lagi boleh la pakai linode.
Hehehehe.
baru semalam dok riki2, smbl test gtmetrix blog ko. mmg masham. haha
DataKL Hosting boleh dipercayai dan harga bajet.
Untuk mereka yang berbajet RM100 dan ke bawah, DataKL hosting bukan lagi satu pilihan. Hehehe.
RM95 setahun is affordable tu, tapi tak da SSL ke?
Akak tengah survey2 ni, cadang nak tukar hosting tahun depan
Macam yang saya telah tulis kat atas, kos keseluruhan boleh mencecah lebih RM400 jika termasuk SSL.
Saya tak pasti la kalau harga bulan ni dah berubah, mungkin kak su boleh rujuk terus dengan DataKL. Boleh inform Pisyek nanti. Hehehe.
Kalau kak su mencari alternatif yang murah, boleh rujuk entri 5 web hosting murah malaysia yang telah saya tulis tempoh hari. 🙂