Review DataKL Hosting Setelah Hampir 10 Tahun Menggunakannya

DNS Editor

DNS editor ni antara fungsi penting untuk membolehkan anda mengubah DNS setting anda seperti nak tambah CNAME record, A record dan lain-lain yang berkaitan domain.

Pada tahun 2014 aku dah rujuk bahagian support dan dorang pun bagi aku akses ke bahagian DNS Editor ni. Alih-alih tahun 2017 ni akses kena tarik balik. Bila aku perasan dan rujuk ke bahagian support, dorang cakap memang pakej shared hosting takde akses DNS Editor ni.

Aku perasan DNS Editor ni hilang bila nak point DNS ke VPS linode yang aku baru subscribe. Jadi untuk update rekod DNS seperti A record, kena minta support yang buatkan.

Dalam proses kemaskini DNS ni aku perasan ada blog post aku dah hilang (lebih kurang 5 latest post dah tak tahu hilang ke mana). Rasa sedih sangat wooo. Dah la takde backup offline untuk 5 post tu.

Aku ada juga untuk cuba trace balik post dari Google cache tapi dapat sikit je. Nanti aku cuba post balik la untuk post yang terhilang tu. Korang jangan sedih ok.

Kesimpulan

Bila dirujuk balik pakej DataKL yang dibeli, sebenarnya ada banyak perkara yang tak dinyatakan dalam laman web DataKL. Hanya perbandingan ringkas mengenai storage, bandwidth dan domain dinyatakan (rujuk hosting plan).

Berbeza dengan beberapa syarikat shared hosting yang lain, lebih banyak maklumat didedahkan kepada pengguna untuk membuat pilihan sebelum membeli pakej web hosting.

Korang ada ke pengalaman dengan DataKL yang hendak dikongsi? Boleh tulis dalam komen di bawah. Sekian sahaja review DataKL Hosting daripada Pisyek.com.

9 Replies to “Review DataKL Hosting Setelah Hampir 10 Tahun Menggunakannya”

  1. Aku baru je tukar hosting lain ke datakl sebab provider lama teruk sangat tak aktif.. banyak staff plak yang menjawab tapi yang penting dorang reply. hahah

    1. Ha, part reply tu dah bagus dah.

      Tapi yang rasa ralatnya bila takde SSL Manager tu. Tahun depan Google nak enforce semua website pakai HTTPS.

      Jadi kena ada SSL.

      Harapnya DataKL berubah la nanti sebab sekarang pun kebanyakan web hosting siap offer free SSL.

  2. nice review bro, aku masih setia dgn sf, teringin nak guna linode mcm ko. tp tak capai keperluan lagi kot. tp siyes geram, laju siot. haha

  3. RM95 setahun is affordable tu, tapi tak da SSL ke?
    Akak tengah survey2 ni, cadang nak tukar hosting tahun depan

    1. Macam yang saya telah tulis kat atas, kos keseluruhan boleh mencecah lebih RM400 jika termasuk SSL.

      Saya tak pasti la kalau harga bulan ni dah berubah, mungkin kak su boleh rujuk terus dengan DataKL. Boleh inform Pisyek nanti. Hehehe.

      Kalau kak su mencari alternatif yang murah, boleh rujuk entri 5 web hosting murah malaysia yang telah saya tulis tempoh hari. 🙂

Comments are closed.