SSL Percuma Seumur Hidup Untuk Bloggers Dot Com

pisyek.com

Aku dah lama nak tulis pasal tutorial SSL percuma untuk custom domain seperti dot com, dot net dan sebagainya. Tapi sejak dah ada yang bertanya dekat Facebook aku baru-baru ni, aku jadi semangat nak publish entri baru. Hehehe.

Apa itu SSL?

Untuk yang tak tahu lagi SSL ni apa, nah aku quote dari DigiCert (malas nak translate) apa itu SSL:

SSL (Secure Sockets Layer) is a standard security technology for establishing an encrypted link between a server and a client—typically a web server (website) and a browser, or a mail server and a mail client (e.g., Outlook).

Jadi dengan adanya SSL, maklumat sensitif seperti nombor kredit kad, maklumat login, password, dan seangkatan dengannya akan dihantar secara selamat dari PC anda ke web server ketika anda melakukan sebarang transaksi. Selalunya macam website-website bank ada SSL ni.

HTTPS akan muncul di URL web browser jika sesuatu website itu dilindungi dengan SSL; contohnya website Pisyek.com dan Blog Pisyek. Sila kagum dari jauh.

SSL ada pelbagai jenis dan korang boleh buat kajian sendiri la ye. Banyak sangat kalau nak cerita kat sini. Kalau belajar dekat universiti, mau satu semester baru habis untuk belajar pasal SSL ni.

2 Replies to “SSL Percuma Seumur Hidup Untuk Bloggers Dot Com”

  1. Terima kasih share info tentang SSL. Kalau kita add on SSL pada url blog, tak terganggu ke ye ranking entry2 sebelum ni yang dah ada dalam index Google?

    1. Ranking akan naik jika menggunakan HTTPS kerana Google mengutamakan website yang selamat. 🙂

      Jika Puan nak bertukar ke HTTPS, saya cadangkan agar redirect semua URL dari HTTP ke HTTPS.

Comments are closed.